Translate

Tuesday 18 December 2012

Kek Lapis Durian

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Semua sihat kah hri ni? Alhamdulillah klu sihat... ok lah.... kek lapis cadburry dgn kek lumut sy da share kan mcm mna nk buat and bahan2 dia skali... sekarang ni kek lapis durian pula....Faveret sy ne juga ni... Skali rasa pasti nk lagi... Chewaa!!


Tengok pic kat atas tu ... Macam tu lah kek lapis durian... Klu nk warnanya lebih menarik, kena lah letak lebih sikit pewarna tu ... Biasanya sy lebih suka kek yang menggunakan
 teknik kukus sebab klu ikut pnglaman sy, kukus ni tk mudah hangus... Ya lha... Kadang2 kita ni pndai lalai jg kan ...




Ok lah.... di bawah ni sy nak share bahan-bahan dan cara membuat kek lapis ni...

Bahan-bahan:

  • 220 gm Tepung Gandum
  • 70 gm Gula Aising
  • 1 tin kecil Susu Pekat
  • 1 tin kecil Kaya
  • 2 sudu makan Santan
  • 50-100 gm Isi Durian yang dikisar
  • 5 biji Telur Gred B
  • 450 gm Mentega
  • Pewarna Hijau
  • Pewarna Kuning
Cara-cara membuat:

  1. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi.
  3. Kemudian masukkan kaya.
  4. Selepas itu, masukkan susu pekat kemudian tepung gandum.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama campurkan dengan isi durian dengan pewarna kuning. Manakala bahagian kedua pula campurkan santan dengan pewarna hijau kemudian gaul rata.
  6. Masukkan adunan pertama kedalam loyang sebanyak 6 sudu makan untuk 1 lapisan, kemudian kukus selama 5 minit.
  7. Selepas itu pula, masukkan adunan kedua diatas lapisan pertama tadi sebanyak 6 sudu makan juga dan kukus selama 5 minit.
  8. Ulang langkah 6 dan 7 sehingga adunan selesai.

Ok.....Skg korang smua da atw cara2 nk m'buat kek ne....So, pada you all yang nak try kek ne jgn lah segan2...Yang penting senyum....hahaha.mantap..tq...............

Saturday 8 December 2012

Kek Lapis Cadburry

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Hye semua. Entry kali ni saya nak kongsi resepi kek lapis cadburry. Nyum2.... Sebut ja pasal cadburry mesti ramai yang suka dengan coklat ni kan? Sama lah macam saya. Saya fanatik sangat dengan coklat ni. Resepi ni pun mesti ramai juga yang dah tau. Saya dapat resepi ni dari auntie saya.


Excited giler masa nak buat kek ni. Mana tak nya, tak sabar nak rasa kek lapis cadburry ni. Mula2 rasa kek ni masa beraya kat rumah grandma saya di tenom. Dah rasa sedap tu, saya pun apa lagi. Tak nak lah lepas peluang. Teringin juga nak buat kek ni di rumah. Saya pun minta lah resepi ni kat nenek. Ada masa tu saya pun buat juga lah kat rumah.


Bahan-bahan:

Bahan A:
  • 10 biji Telur Gred A
  • 326 gm Tepung Hong Kong
  • 1 sudu makan Ovallete
  • 175 gm Gula Kastor
  • 1 sudu Esen Vanilla
Bahan B:
  • 225 gm Susu Pekat
  • 450 gm Mentega
Bahan C:
  • 75 gm Horlicks
  • 300 gm Coklat Cadburry
  • 1 sudu makan Serbuk Koko
  • 1 sudu makan Serbuk Browning Hitam


Cara-cara membuat:
  • Masukkan kesemua Bahan A dan pukul selama 5minit kemudian ketepikan.
  • Pukul Bahan B selama 5minit, kemudian tuangkan kedalam bancuhan Bahan A tadi, kacau hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada 2bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan horlicks, dan 1 bahagian lagi dicampurkan dengan serbuk koko dan browning.
  • Masukkan adunan yang dicampurkan dengan koko dan browning, kemudian bakar selama 10minit.
  • Masukkan adunan yang dicampurkan dengan horlicks, kemudian bakar selama 10minit juga.
  • Susun coklat cadburry di atasnya dan ulang langkah 4 dan 5.
  • Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan.


Wah!! memang sedap kek ni. Hasilnya pun mantap lah. hehehe. Puas hati siapa yang mencuba. Thanks for my grandma for this recipe. Ohya! for those yang baca entry ni thanks juga. Simple ja saya buat. Harap korang dapat faham lah. Hehehe. SELAMAT MENCUBA .. ^_^





Kek Lumut

Assalammualaikum dan salam sejahtera ....

Sebelum ni saya cuma pandai makan ja kek2 ni. Kalau nak buat tu memang malas lah. Tapi lama-lama terfikir juga nak buat sendiri. Tak kan asyik nak mengharap ibu saya ja yang buat kan. Then, saya pun start lah buat kek ni. Minta resepi dekat ibu lepas tu saya try buat sendiri.



1st time buat memang result dia mengecewakan juga lah. Apa tidak, keras kepala sangat nak buat sendiri. Minta bahan2 ja dengan ibu, tapi cara2 nak buat saya tak tanya pula. Lepas dah siap tu, kek saya memang tak jadi lah. Kek tak kembang and then kat tengah2 tu tak cukup masak.


Next time dia saya buat lagi. Sebab tak puas hati kan kek hari tu tak menjadi. Kali ni saya tanya detail dengan ibu resepi dan cara2 buat kek lumut tu. Ni lah bahan2 dia :

Bahan-bahan :

  • 450 gm Mentega
  • 10 biji Telur
  • 1 tin kecil Susu Pekat
  • 1 tin kecil Kaya
  • 1 paket Biskut Marie
  • Pewarna Hijau

Cara-cara membuat:
  • Sediakan pengukus dan didihkan air. Guntingkan kertas minyak mengikut bentuk loyang. Masukkan kertas minyak yang siap di gunting tadi ke dalam loyang. Sapukan tepi loyang dengan mentega.
  • Kisar biskut marie sampai jadi serbuk.
  • Pukul mentega hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
  • Kemudian masukkan kaya dan susu pekat. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan biskut marie yang dikisar dan gaul sampai rata.
  • Masukkan pewarna hijau kemudian gaul lagi.
  • Last sekali masukkan kedalam loyang dan kukus selama 40 minit.


Langkah demi langkah saya buat. Akhirnya siap juga kek lumut saya. Memang memuaskan lah hasilnya. Kali ni kek lumut yang saya buat menjadi juga. Di tengahnya masak sepenuhnya dan ianya juga kembang. Tak macam sebelum ni. Kek lumut ni tak payah guna tepung gandum. Cuma guna biskut marie yang dikisar ja. Memang sedap lah rasanya. Ni lah hasilnya. Tadaaaaaaa.......



Resepi ni credit from my mum. Terima kasih ibu sebab bagi tunjuk ajar dalam menyempurnakan kek lumut ni. Lepas ni saya nak try pula resepi kek yang lain. kepada sesiapa yang nak try resepi ni, SELAMAT MENCUBA. hehehe......