Translate

Tuesday 18 December 2012

Kek Lapis Durian

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Semua sihat kah hri ni? Alhamdulillah klu sihat... ok lah.... kek lapis cadburry dgn kek lumut sy da share kan mcm mna nk buat and bahan2 dia skali... sekarang ni kek lapis durian pula....Faveret sy ne juga ni... Skali rasa pasti nk lagi... Chewaa!!


Tengok pic kat atas tu ... Macam tu lah kek lapis durian... Klu nk warnanya lebih menarik, kena lah letak lebih sikit pewarna tu ... Biasanya sy lebih suka kek yang menggunakan
 teknik kukus sebab klu ikut pnglaman sy, kukus ni tk mudah hangus... Ya lha... Kadang2 kita ni pndai lalai jg kan ...




Ok lah.... di bawah ni sy nak share bahan-bahan dan cara membuat kek lapis ni...

Bahan-bahan:

  • 220 gm Tepung Gandum
  • 70 gm Gula Aising
  • 1 tin kecil Susu Pekat
  • 1 tin kecil Kaya
  • 2 sudu makan Santan
  • 50-100 gm Isi Durian yang dikisar
  • 5 biji Telur Gred B
  • 450 gm Mentega
  • Pewarna Hijau
  • Pewarna Kuning
Cara-cara membuat:

  1. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi.
  3. Kemudian masukkan kaya.
  4. Selepas itu, masukkan susu pekat kemudian tepung gandum.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama campurkan dengan isi durian dengan pewarna kuning. Manakala bahagian kedua pula campurkan santan dengan pewarna hijau kemudian gaul rata.
  6. Masukkan adunan pertama kedalam loyang sebanyak 6 sudu makan untuk 1 lapisan, kemudian kukus selama 5 minit.
  7. Selepas itu pula, masukkan adunan kedua diatas lapisan pertama tadi sebanyak 6 sudu makan juga dan kukus selama 5 minit.
  8. Ulang langkah 6 dan 7 sehingga adunan selesai.

Ok.....Skg korang smua da atw cara2 nk m'buat kek ne....So, pada you all yang nak try kek ne jgn lah segan2...Yang penting senyum....hahaha.mantap..tq...............

No comments:

Post a Comment